Sunday, July 3, 2011

Program Gotong Royong Bersama PIBG

 Sempena program Larian 1murid 1sukan 1 Malaysia, pihak sekolah telah mengadakan program gotong royong untuk kecerian sekolah bersama ibu bapa yang turut serta dalam acara larian 1urid 1sukan 1 Malaysia.
 Alhamdulillah program ini mendapat sambutan yang menggalakkan.. terutama para ibu-ibu yang jumlah kehadirannya amat ramai.
 Tuan Haji Zaki yang yang mengetuai aktiviti baik pulih batas bunga hiasan...

 Tuan Haji Sarkawi dan ustaz Raup yang mengetuai kerja memasang perangkap kelawar di bilik komputer
 En Sapian yang mengetuai kerja mengecat da menghias pintu masuk sekolah.

 Tabik pada abang ni walaupun panas masih mampu bertahan mengecat... tahniah dan terima kasih

Kepada semua penjaga dan ibu bapa dan yang bersama hadir dalam aktiviti ini pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran dan sumbangan tuan puan. Kepada penyumbang makanan, peralatan dan kewangan dalam program ini pihak sekolah mengucapkan terima kasih sekali lagi. semoga aktiviti ini mampu mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang sedia ada. Pihak sekolah memohon maaf jika ada sebarang kekurangan dan kesilapan disepanjang aktiviti ini.

No comments:

Post a Comment