Wednesday, September 5, 2012

Galeri Sejarah SK Seri Sejati

Sejarah...

  Setiap tempat yang terbina mempunyai sejarah yang tersendiri. Ia akan terpahat diminda dan ingatan seseorang. Samada ia berbentuk kenangan yang indah atau pahit. Ia juga boleh dirakamkan dalam bentuk tulisan mahupun grafik ( lukisan ) atau foto. Sesungguhnya dari sejarah yang terpahat tadi akan menjadi sempadan dan panduan bagi generasi yang seterusnya.

  Oleh yang demikian pihak pengurusan SK Seri Sejati mengumumkan pembentukan sudut Galeri Sejarah SK Seri Sejati kepada semua masyarakat dan untuk tontonan masyarakat yang akan dibina. Untuk tujuan itu pihak sekolah memohon jasa baik kepada semua samada bekas pelajar ataupun bekas tenaga kerja mahupun guru yang pernah menjadi warga SK Seri Sejati semoga sudi menghulurkan sumbangan berbentuk apa saja samada tulisan, grafik, artifak atau gambar untuk dijadikan bahan pameran di sekolah.

  Semua sumbangan bolehlah di sampaikan terus ke pejabat sekolah ataupun di emailkan ke serisejati@gmail.com.

Semoga segala sumbangan tuan puan akan memberi kebaikan kepada masyarakat akan datang dan menjadi sumber ilmu dan panduan ke arah kebaikan.


Sunday, July 1, 2012

Bekas Guru SKSS


Pembentuk generasi sekarang. Jika tiada dia... tiadalah insan yang bergelar doktor, tiada insan yang bergelar peguam, tiada insan bergelar pahlawan di masa sekarang. Terima kasih cikgu.

Wednesday, April 25, 2012

Program Panitia Sains Zon Parit Sulong


Sila klik gambar untuk berita seterusnya.

Tarikh Program : 21 April 2012
Tempat : Bilik Komputer SK Seri Sejati
Masa : 08.00 pagi

Program Pemantapan Bahasa Inggeris


Sila klik gambar untuk berita seterusnya

Di dalam gambar kelihatan Pn Patimah Binti Solong ( Puan Guru Besar ) memantau pelaksanaan program yang dikendalikan oleh panitia Bahasa Inggeris.

Ujian Kecergasan ( Segak ) 2012


Sila klik gambar untuk seterusnya

Semua pelajar tahun 4 hingga tahun 6 terlibat.
Guru Penyelaras
Tahun 4 : Tuan Haji Sarkawi Bin Hasan
Tahun 5 : Mohd Ghazali Bin Mohamed
Tahun 6 : Emran Bin Sarif

Program Susu 1 Malaysia


Program susu 1 Malaysia... klik gambar untuk seterusnya

Tuesday, April 17, 2012

Pesta Bola Baling Bawah 12 tahun 2012 Zon Pt Sulong

Tahniah.... Johan Keseluruhan ( Johan Lelaki dan N.Johan perempuan )

Pemberian Bantuan RM100 ( Tahun 1 sesi 2012 )

 Tuan Haji Zaki memantau pemberian wang bantuan awal tahun ( tahun 1  sesi 2012 ). Guru kelas Pn Rosidah Bt Kamsin mengurus dan memastikan bantuan di sampaikan dengan sempurna.
Pn Guru Besar Pn Patimah Bt Solong turut memantau pemberian wang bantuan awal tahun kepada penjaga dan ibu bapa. Harapan pihak sekolah agar semua ibu bapa dan penjaga menggunakan wang berkenaan dengan sebaiknya.

Thursday, February 23, 2012


Puyu Terbesar
Lokasai diperolehi : Empangan Bekok
Aksi : Pelampong dengan umpan sejauh ½ depa
          Puyu lambat makan, SABAR.