Monday, April 25, 2011

Johan Zon Parit Sulong 2011

Pemain sepak takraw SK Seri Sejati yang telah mengharumkan nama sekolah di pertandingan sepak takraw MSSM-Z Parit Sulong dengan memenangi tempat pertama dan kedua.
Tahniah atas kejayaan anda.

Friday, April 22, 2011

Pertandingan JOSAS

JOSAS = Johor Spelling Assesment

Tarikh : 23 April 2011
Masa  : 10.30 am
Tempat : Dewan SK Seri Sejati



Pertandingan diadakan untuk meningkatkan lagi kemahiran dan penguasaan murid dalam penggunaan bahasa Inggeris.


Thursday, April 14, 2011

Keluhan Seorang Guru

Bila ditanya siapa yang salah...
Jawabnya = saya yang salah cikgu
Bila ditanya lagi... awak tahu ia salah...?
Jawabnya = Tahu cikgu
Ditanya lagi... awak tahu ia salah mengapa awak buat...?
Jawabnya = ...??? ( Tiada jawapan dari murid )

PERSOALANNYA

Begitulah fenomena yang berlaku sekiranya berlaku masalah displin di sekolah. Guru yang berkenaan akan menghadapi situasi untuk membetulkan sikap dan tingkahlaku pelajar. kalau diteliti... pelajar berkenaan tahu perkara atau tindakan yang dibuatnya adalah salah. Tetapi tetap juga ia melakukannya. MENGAPA???
Jika diletakkan kesalahan itu pada guru atau pihak sekolah tentu tak adil kerana di sekolah terdapat banyak papan peringatan dan guru sering mengulang dan mengingatkan pelajar tentang kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar. Jadi bagaimanakah masalah displin boleh dikurangkan disekolah...? terutamanya masalah serius seperti
1. Ponteng 2. Bergaduh. 3 Mencuri dan  4.membuli.

Monday, April 11, 2011

Video1 Seri Sejati

video
Lagu Sekolah Seri Sejati...
Pencipta , Penulis Lirik : En Safian Bin Dasuki.

Thursday, April 7, 2011

Program Tautan Kasih

Tarikh : 09 April 2011
Hari : Sabtu
Masa : 08.00 pagi hingga 12.00 pagi
Tempat : Makmal Komputer SK Seri Sejati

Ringkasan Acara.

Acara melibatkan perjumpaan pihak sekolah terutama guru Tahun 6 bersama  Ibu Bapa dan Penjaga murid-murid Tahun 6 2001. Matlamat utama perjumpaan ini adalah untuk mendapatkan kerjasama antara pihak sekolah dengan ibubapa penjaga murid dalam meningkatkan pencapaian akademik dan kecemerlangan murid tahun 6 dalam peperiksaan UPSR 2011. Disamping itu ia bertujuan untuk membugarkan tanggungjawab dan kepekaan ibu bapa terhadap anak-anak di rumah.
  Objektif utama perjumpaan ialah
1. memberikan kesedaran kepada ibubapa dan penjaga
tentang pentingnya perhatian mereka terhadap pembelajaran anak-anak di rumah.
2. menjalinkan kerjasama ibu bapa dan sekolah dalam meningkatkan kecemerlangan murid tahun 6.
3. membimbing murid supaya meningkatkan keazaman diri mereka untuk rasa disayangi dan dihargai.

Tentatif Program

07.45 - Pendaftaran
08.00 pg - Bacaan Doa
              - Ucapan Puan Guru Besar
              - Taklimat program Mento Mentee
              - Pembentangan Guru Matapelajaran
              - Soal jawab dan pertemuan  bersama guru kelas tahun 6 dan penjaga
11.30 - Jamuan ringan dan bersurai
Pihak sekolah berharap program ini dapat perhatian dan kerjasama dari ibu bapa penjaga murid. Kehadiran tuan puan amat dialu-alukan dan diharapkan. Semoga kehadiran tuanpuan akan memberi lembaran baru dalam membangunkan prestasi sekolah disamping mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan penjaga.

Tuesday, April 5, 2011

Sekolah Selamat


Di manakah anak anda...?
Adakah mereka di Sekolah atau di mana 
Bersama siapakah anak anda?

Sila pastikan keselamatan anak anda semasa menuju ke sekolah.

Sekolah Ganti

Sekolah Ganti akan dilaksanakan pada Sabtu ( 09 April 2011 ) untuk menggantikan cuti Deepavali. Kepada semua pelajar dan penjaga sila pastikan kehadiran pelajar / anak jagaan ke sekolah. Terima Kasih