Thursday, November 17, 2011

Hari Anugerah Kecermelangan & Konvokesyen Pra Sekolah

 Tarikh : 17 Nov 2011
Bertempat di Dewan SK Seri Sejati
Masa : 08.00 pagi
 Perasmi : En Misni Bin Arsan ( YDP Pibg )
 Bacaan doa oleh Ustaz Raup Bin Tumijan
 Ucapan aluan oleh walil Guru Besar ( En Harun Bin Abd Rahman GPK-1 ) SK Seri Sejati
 Ucapan perasmian oleh En Misni Bin Arsan
 Pn Zarah ( pembantu Pra Sekolah ) bertungkus lumus menyiapkan pelajar PRA untuk majlis konvokesyen. Tahniah kepada Pn Zarah, walau ketiadaan Pn Ruhanah ( mengerjakan Haji ) beliau mampu memikul semua tugas dengan baik. Tahniah sekali lagi.

 Pelajar terbaik tahun 6 ( Mohaimen Bin Slamet ) 2011. Tahniah atas kejayaan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR. Tahniah juga kepada Burhanuddin dan Najihah yang turut memperolehi 5A dalam UPSR.
Aisyah Mustafa... pelajar tahun 4 2011, merupakan pelajar terbaik keseluruhan . Tahniah
 Mohaimen Slamet ( Pelajar contoh ) 2011
Najihah Bt Nor ( pelajar contoh ) 2011
 Pn Aida ( juruacara ) merupakan bidan terjun setelah ketiadaan En Zulkarnain kerana pergi berkursus. Tahniah kepada Pn Aida kerana mampu menjadi juruacara yang baik sepanjang majlis.
 Aksi penerima anugerah sebelum acara penganugerahan
En Nani ( penyelaras ) majlis. Tahniah kerana dapat menyiapkan dan melaksanakan tugasan dengan baik.

Penyerahan Wang Bantuan Persekolahan




Tarikh : 16 Nov 2011 Bertempat di : Kantin Sekolah

JAMUAN PERPISAHAN TAHUN 6 2011

 Tarikh 15 Nov 2011



Tuesday, November 1, 2011

Kejohanan Sukan Tahunan 2011

Laporan
Untuk maklumat sila klik gambar...
Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program.

Thursday, October 6, 2011

Sambutan Hari Raya 2011

 Tarikh : 11 September 2011. Tempat : SK Seri Sejati
Acara dimulakan dengan bacaan selawat yang diketuai kelas tahun 6
 Majlis dijalankan di Dewan SK Seri Sejati
 Ustazah Aida menjalankan program Kuiz Hari Raya...
 Guru perempuan menyiapkan jamuan yang disediakan oleh guru-guru dan kakitangan sekolah,
 Cik Sahom yang ditugaskan menyediakan minuman.. Terbaek...
 HEM.. sedang memantau jamuan pelajar.. Jangan takut cikgu.. semua dapat...

 Pn Guru Besar...
  Pihak Pengurusan sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan sekolah kerana berjaya menganjurkan majlis ini. Tahniah... terutama kepada Cikgu Sapian.... Rendang daging terbaek...

Monday, September 12, 2011

UPSR 2011

UPSR ( Ujian Penilaian Sekolah Rendah )
Tarikh : 13 Sept hingga 15 Sept 2011
Jumlah calon : 36
 Lokasi ( Bilik Pra Sekolah ) untuk berkumpul dan bersarapan serta mendengar taklimat atau amanat. Pagi pertama calon mendengar amanat yang disampaikan oleh Pn Guru Besar ( Pn Patimah Bt Solong ) dan Tn Haji Zaki ( HEM ).

 Terima kasih kepada Cikgu Ruhanah dan Pn Zarah kerana sudi menyediakan sarapan kepada calon UPSR. Semoga sarapan berkenaan membantu dan memberi tenaga kepada pelajar untuk tenang menjawab soalan.
 Calon berbaris untuk masuk kedalam dewan peperiksaan.
Selamat menjawab dan mencapai kecermelangan

Wednesday, July 27, 2011

1Murid 1 Sukan ( zon )

Penubuhan zon permainan oleh Jawatankuasa Pembangunan Sukan SK Seri Sejati telah mula dilaksanakan secara berperingkat. Untuk maklumat lanjut KLIK

Langkah pertama
Menaik taraf dan keceriaan bilik gerakan sukan ( Bilik Sukan )
 
 Sebelum
Selepas

Wednesday, July 20, 2011

Projek Keceriaan Sekolah 1

 Untuk menarik minat murid agar hadir ke sekolah,Puan Guru Besar telah mencadangkan agar keceriaan sekitar kawasan sekolah di tingkatkan lagi. Terutamanya pintu masuk ke sekolah. Untuk tujuan itu beliau telah mengambil tindakan mengecat semuala beberapa sudut di sekolah untuk menarik perhatian pelajar agar suka datang kesekolah.
 Dari saranan guru besar tersebut, semua pekerja dan staf sekolah telah mengambil tindakan saling membantu mengecat dan menceriakan lagi kawasan sekolah jika ada kelapangan. Kerja-kerja keceriaan dijalankan berperingkat. Peringkat pertama ialah menaikkan taraf papan kenyataaan di bawah kendalian En Harun.
 Peringkat kedua pula ialah menghias semula laluan ( tangga ) ke pejabat di bangunan pentadbiran. ( Dibawah seliaan Tn Haji Zaki )
 Semoga dengan tindakan ini, murid dan masyarakat sekitar sekolah akan lebih kerap datang ke sekolah dan bersama-sama menaikkan lagi pencapaian sekolah samada dari segi akademik mahupun sahsiah.