Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Guru


Jika sebuah lukisan biasa yang dilukis oleh manusia biasa akan menjadi sebuah lukisan yang cantik dan menjadi sebutan dan keagungan, pastinya yang mendapat nama adalah pelukisnya.
Maka tidak dinafikan ukiran yang mahal turut dikaitkan dengan pengukirnya, kerana hasil ukirannya yang halus dan berseni, rasanya.

Maka dengan itu, sering jadi bualan oleh masyarakat sekolah yang terkenal dan ternama kerana menghasilkan keputusan peperiksaan yang mengkagumkan, ( 100% lulus ) ataupun bilangan pelajar yang mendapat A tinggi jumlahnya.
Agak-agak siapa yang disebut untuk menghasilkan keputusan seperti itu...?

Begitulah sebaliknya jika hasil kerja yang buruk, pasti pengukirnya, pelukisnya dan pembuatnya yang mendapat nama.
Tahniah dan semoga meneruskan perjuangan suci menghasilkan insan yang terbaik kepada semua yang bergelar GURU... biarlah yang digalas dan dipikul dan dilakukan menyakitkann ingatlah jika ia adalah sesuatu yang IKHLAS kerana ALLAH pasti ada ganjarannya.

SELAMAT HARI GURU SELAMANYA


No comments:

Post a Comment