Saturday, March 26, 2011

PIBG 2011

 Mesyuarat diadakan pada 27 Mac 2011, Hari Ahad di Dewan SK Seri Sejati.
 Ucapan aluan oleh Puan Guru Besar SK Seri Sejati ( Puan Patimah Bt Solong ). Beliau yang baru bertugas di SK Seri Sejati mulai 1 Mac 2011 berharap dapat kerjasama dari semua pihak ( ibu bapa dan guru ) untuk sama-sama meningkatkan lagi prestasi sekolah. Ucapan Tahniah dari beliau di atas pencapaian UPSR 2010 iaitu 4 orang mendapat 5A dan 3 orang 4A. Tahniah juga kepada guru kerana memperolehi keputusan 100% dalam mata pelajaran BM penulisan dan Sains.
 Ucapan YDP PIBG En Misni Bin Asran. Beliau mengucapkan terima kasih diatas kehadiran Datuk Haji Ahmad Zahri Bin Jamil ( ADUN Seri Medan )  untuk merasmikan Mesyuarat PIBG kali ini. Ucapan tahniah juga kepada guru dan pentadbiran sekolah kerana pencapaian UPSR 2010. Beliau memohon agar Sekolah dapat diberi bantuan dari segi keperluan bangunan seperti baik pulih Surau sekolah dan gelanggang serbaguna ( futsal ) untuk kegunaan sekolah dan penduduk kampung serta Tandas tambahan untuk kegunaan pelajar dan guru.
 Antara tetamu yang hadir.
 Ibu bapa dan barisan guru serta tetamu
 Jawatankuasa penyambut tetamu dan pendaftaran. Kesimpulannya lebih ramai ibu dari bapa yang hadir dalam mesyuarat kali ini. Kehadiran ibu bapa juga turut disentuh oleh perasmi ( Datuk ) di mana kehadiran ibu bapa dalam program sekolah amatlah di alu-alukan demi melahirkan generasi yang perihatin dan mengamalkan kerjasama dalam masyarakat. Menurut beliau kerjasama amatlah penting untuk mencapai sesuatu tujuan yang lebih baik dan cemerlang. Kerjasama juga akan menjamin kemakmuran dan kesejahteraan anak-anak pada masa akan datang dimana ibu bapa menjadi model ikutan anak-anaknya.
Disamping itu Datuk juga mengingatkan supaya masyarakat di sini menjadi kuat dan bekerjasama untuk mengelakkan kemasukan anasir jahat dan keburukan kepada negara dan anak-anak. Ilmu amat penting kepada anak-anak untuk mengelakkan mereka dari terpesong dari akidah dan norma keislaman. Untuk itu ibu bapa hendaklah bekerjasama dengan pihak sekolah dalam membina generasi yang baik dan kuat di masa akan datang

2 comments:

  1. saya berharap kehadiran Datuk Hj Ahmad Zahri Bin Jamil ke SK Seri Sejati pada kali ini dapat memberi motivasi kepada ibu bapa yang hadir, kerana amanat yang beliau beri amat mengesankan.

    ReplyDelete
  2. kepada ibu bapa diharap dapat meningkatkan lagi kerjasama bersama sekolah dalam membangunkan prestasi muris sekolah

    ReplyDelete