Wednesday, February 9, 2011

Banjir Di Seri Sejati


 Pusat pemindahan mula dibuka mulai 1 Feb 2011 jam 3 petang. Hujan lebat berterusan menyebabkan paras air sekitar kampung naik mendadak. Kebanyakan mangsa banjir yang dipindahkan di sini merupakan penduduk sekitar sekolah ( Kg Parit Basri Darat).
  5 buah kelas digunakan sebagai penginapan sementara mangsa banjir. ( Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 6 ).
  Terima kasih kepada pihak yang terlibat mengurus dan mengawal mangsa banjir. ( Klinik Kesihatan, JKM, Rela dan JKK Kg Parit Basri sendiri )
 Tahniah kepada Jawatankuasa yang menyediakan makanan... walaupun letih masih terus bekerja... inilah semangat yang patut ditunjukkan kepada masyarakat muda sekarang.
Kepada mangsa banjir... pihak sekolah mengucapkan terima kasih kerana menjaga kebersihan dan keselamatan peralatan yang digunakan sepanjang berada disini. Pihak sekolah memohon maaf jika ada kekurangan. Terima kasih

2011 En Harun dengan sampannya melawat rumah En Yakin (PAP SKSS) . Dengan sampan plastik ini Mr H berkayuh sejauh 2 km untuk kesekolah.  

2007 Paras air setinggi ini.

2007 Gelanggang S Takraw

2011 Kumpulan Ikram dari Johor Bahru.

2007 Kesekolah bersampan bersama PT

2007 Garaj kereta menjadi garaj sampan

Makan nasi kawah

Sebahagian guru makan tengahari sebagaimana  mangsa banjir yang lain.

No comments:

Post a Comment