Showing posts with label larian 1 malaysia. Show all posts
Showing posts with label larian 1 malaysia. Show all posts

Sunday, July 3, 2011

Program Gotong Royong Bersama PIBG

 Sempena program Larian 1murid 1sukan 1 Malaysia, pihak sekolah telah mengadakan program gotong royong untuk kecerian sekolah bersama ibu bapa yang turut serta dalam acara larian 1urid 1sukan 1 Malaysia.
 Alhamdulillah program ini mendapat sambutan yang menggalakkan.. terutama para ibu-ibu yang jumlah kehadirannya amat ramai.
 Tuan Haji Zaki yang yang mengetuai aktiviti baik pulih batas bunga hiasan...

 Tuan Haji Sarkawi dan ustaz Raup yang mengetuai kerja memasang perangkap kelawar di bilik komputer
 En Sapian yang mengetuai kerja mengecat da menghias pintu masuk sekolah.

 Tabik pada abang ni walaupun panas masih mampu bertahan mengecat... tahniah dan terima kasih

Kepada semua penjaga dan ibu bapa dan yang bersama hadir dalam aktiviti ini pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran dan sumbangan tuan puan. Kepada penyumbang makanan, peralatan dan kewangan dalam program ini pihak sekolah mengucapkan terima kasih sekali lagi. semoga aktiviti ini mampu mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang sedia ada. Pihak sekolah memohon maaf jika ada sebarang kekurangan dan kesilapan disepanjang aktiviti ini.

Program Larian 1 Murid1Sukan1Malaysia

 Tarikh : 02 Julai 2011

 Bacaan perutusan dan taklimat
 Pemanasan badan sebelum larian
 Acara larian dilepaskan oleh Puan Guru Besar epat jam 07.45 pagi

Wednesday, June 22, 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Aktiviti : Larian sejauh 1.5 kilometer ( lebih )
Tarikh : 02 Julai 2011
Hari : Sabtu
Masa : 07.45
Sasaran : Semua Pelajar SKSS, Warga Pendidik SKSS, Ibu Bapa dan masyarakat sekitar sekolah.

Bertujuan : Untuk merealisasikan konsep 1 murid 1 sukan ( pelajar dapat menyertai ) setiap aktiviti yang berteraskan sukan atau permainan. Disamping itu untuk merapatkan lagi perhubungan silaturahim antara warga SKSS dengan masyarakat setempat.
 Dijemput semua bekas pelajar dan semua ibu bapa SKSS menghadiri aktiviti ini .