Monday, February 28, 2011

GURU BESAR BARU

Nama : Pn Patimah Bt Solong
Mula bertugas : 1 Mac 2011.
Sekolah Lama : SK Binjai

Selamat menjalankan tugas di sekolah baru...

Sunday, February 27, 2011

PERJUMPAAN KOKURIKULUM

 Perhimpunan pagi, perjumpaan dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu sekolah. Penyelaras unit beruniform memberikan taklimat aktiviti yang akan berjalan sepanjang hari.


 Perbincangan dalam kumpulan kecil adalah perkara utama dalam melatih murid untuk membentuk komunityi yang kuat dan saling bekerjasama.

Thursday, February 24, 2011

JASAMU DI KENANG

 En Gonawan Bin Mailan, mula bertugas di SK Seri Sejati sejak tahun 2004 hingga 2010. Terlalu banyak sumbangan beliau kepada sekolah. Yang terkini Lonjakan Saujana yang telah dicapai oleh sekolah pada tahun 2011. Terima Kasih cikgu.
 En Sharul Bin Siam. Berasal dari Nitar Mersing, Mula bertugas di SK Seri Sejati sejak 2003 hingga akhir 2010. Menyandang jawatan SU sukan, merupakan guru yang paling aktif dan lincah di sekolah. Arif dalam pengurusan sukan hingga membolehkan anak didiknya mencapai keputusan yang baik dalam sukan terutama permainan bola baling, sepak takraw dan bola tampar. Tahniah cikgu dan terima kasih cikgu.
 En Miswan Bin Badli, berasal dari Parit Baru Seri Medan. Mula bertugas di SK Seri Sejati sejak tahun 2009 hingga 2010. Menyandang jawatan sebagai GPK-Ko. Kini bertugas di SK Seri Pasir sebagai GPK Kurikulum. Tahniah atas kenaikan pangkat... terima kasih atas semua jasa Cikgu sepanjang di SK Seri Sejati.

Wednesday, February 23, 2011

KANTIN SEKOLAH SERI SEJATI

 Pengusaha Kantin SK Seri Sejati ( Pn Katimah Bt Kadni ) mula mengurus kantin sekolah sejak tahun 90 an lagi. Seorang yang baik hati dan ramah. selain tu murah hati... kalau cikgu-cikgu makan nak bayar tak berkira... alhamdulillah... murah rezekinya.
 Pekerja kantin dari kiri Kak Sanirah, Kak Sijan dan Kak Yanti. sedang sibuk melayan karenah pelajar.
" Sedap tak...? "   " ntah lah aku rasa macam sedap jer...." mungkin itu yang dikatakan murid ni.. Tapi biasanya makanan yang dihidangkan di kantin simple jer.. tapi sedap. Yang paling unik semuanya pedas... peh....
Senyum... gambar masuk blog....
 Apapun... kantin SK Seri Sejati Ok....

EN YAKIN BIN KALINI

 Nama Penuh : En Yakin Bin Kalini, lahir di Kampung Parit Basri. Mula mendapat didikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Sejati ( tahun 50an ).
 Mula bertugas di Sk Seri Sejati sejak tahun 1972 lagi hingga kini. Beliau merupakan staf paling lama bertugas di sekolah ini. Seorang yang amat ramah dan mudah berurusan.  Kelebihan yang dimiliki beliau selain menjalankan tugas pejabat ialah beliau boleh memberikan perkhidmatan berurut kepada lelaki terutama untuk menghilangkan lenguh badan. Sakit.... tapi sedap.

Tuesday, February 22, 2011

Latihan Atlet Sekolah MSSC Zon Parit Sulong

 Latihan kecergasan dan kekuatan otot kaki, ada setengah atlit yang malas... suka curi tulang... geram saya
 Latihan keyakinan diri ( lompat tinggi ) alahai anak murid.... rendah pun takut... macamana nak lawan dgn org lain kalau penankut....
Latihan rejam lembing....

Wednesday, February 16, 2011

Logo Sekolah

 

LAGU SEKOLAH

PUTERA PUTERI SEJATI MULIA
SAMA PADU TENAGA
MENCAPAI SEGALA CITA-CITA
DEMI KEMAJUAN BANGSA DAN NEGARA

DI BAWAH NAUNGAN SERI SEJATI
BELAJAR SESUNGGUH HATI
MENGAKU KALAH PANTANG SEKALI
KESUKARAN PERLU DIHADAPI

SEJATI DICIPTA MULIA SEKALI
PUTERA PUTERI BERHEMAH TINGGI
MENGHARUNG HIDUP TABAH BERANI
IMAN DI DADA KEKAL SEBATI

USAHA ASAS KEJAYAAN
MENERIMA PELAJARAN
NASIHAT BIMBINGAN DIAMALKAN
BAHAGIA DISEPANJANG ZAMAN


Tuesday, February 15, 2011

Sambutan Maulidur Rasul SK Seri Sejati

 Tarikh  : 19 Feb 2011
Masa : 10.00 pagi
Tempat : SK Seri Sejati
Hari : Sabtu

 Semua Bekas Pelajar dan penduduk kampung dijemput Hadir

MSSC PARIT SULONG

Bertempat di SK Seri Medan, Seri Medan Batu Pahat. Tarikh 16 Feb 2011 hingga 17 Feb 2011. Jumlah peserta dari SK Seri Sejati seramai 24 orang di tambah 10 orang murid sebagai pembantu marsyal. Guru yang terlibat seramai 8 Guru dan 2 pekerja am.
 Pagi acara saringan ( 100m dan 200m ) Akhir Lompat Tinggi, Akhir Lompat Jauh, Akhir Lembing dan Peluru.
 Makan tengahari dibekalkan oleh Pihak kantin SK Seri Sejati. Terima Kasih

En Mazlan ( pekerja am ) SK Seri Sejati yang banyak memberi bantuan mengurus pelajar. TERIMA KASIH..

Wednesday, February 9, 2011

Latihan Rejam Lembing ( 10 Feb 2011 )

 Latihan untuk kejohanan MSSC Parit Sulong 2011
 Berbaju Kuning ( Nazlan ) Baju Hijau ( Zikry ) Biru ( Hisyam ) murid tahun 6.
  Mula-mula semoa rejaman batal... setelah beberapa kali barulah ok...

Banjir Di Seri Sejati


 Pusat pemindahan mula dibuka mulai 1 Feb 2011 jam 3 petang. Hujan lebat berterusan menyebabkan paras air sekitar kampung naik mendadak. Kebanyakan mangsa banjir yang dipindahkan di sini merupakan penduduk sekitar sekolah ( Kg Parit Basri Darat).
  5 buah kelas digunakan sebagai penginapan sementara mangsa banjir. ( Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 6 ).
  Terima kasih kepada pihak yang terlibat mengurus dan mengawal mangsa banjir. ( Klinik Kesihatan, JKM, Rela dan JKK Kg Parit Basri sendiri )
 Tahniah kepada Jawatankuasa yang menyediakan makanan... walaupun letih masih terus bekerja... inilah semangat yang patut ditunjukkan kepada masyarakat muda sekarang.
Kepada mangsa banjir... pihak sekolah mengucapkan terima kasih kerana menjaga kebersihan dan keselamatan peralatan yang digunakan sepanjang berada disini. Pihak sekolah memohon maaf jika ada kekurangan. Terima kasih

2011 En Harun dengan sampannya melawat rumah En Yakin (PAP SKSS) . Dengan sampan plastik ini Mr H berkayuh sejauh 2 km untuk kesekolah.  

2007 Paras air setinggi ini.

2007 Gelanggang S Takraw

2011 Kumpulan Ikram dari Johor Bahru.

2007 Kesekolah bersampan bersama PT

2007 Garaj kereta menjadi garaj sampan

Makan nasi kawah

Sebahagian guru makan tengahari sebagaimana  mangsa banjir yang lain.

Tuesday, February 8, 2011

Pengenalan

Sekolah Kebangsaan Seri Sejati
Kampung Parit Basri
83400, Seri Medan
Batu Pahat, Johor
Darul Takzim