Sunday, May 22, 2011

Latihan Ikatan 2011

www.kokuserisejati.blogspot.com
Tarikh : 21 Mei 2011
 

Untuk berita selanjutnya sila klik www.kokuserisejati.blogspot.com

Perjumpaan Koku ( 21/5/2011)

Tarikh Perjumpaan : 21/5/2011
Hari Sabtu
Kehadiran : 98%
Aktiviti :
1 .Latihan Ikatan & Binaan
2. Latihan Kawad Kaki
3. Aktiviti ko-akademik





Terima kasih kepada semua guru yang terlibat dan hadir pada hari berkenaan.

PKSR-Penggal 1

PKSR ( Peperiksaan Kendalian Sekolah Rendah )
Tujuannya- untuk menguji tahap pencapaian murid sepanjang P&P penggal yang pertama ( Bulan Januari - May )

Tarikh : 24 / 5 / 2011 hingga 27 / 5 / 2011
Kepada semua pelajar "Selamat Menjawab Soalan dan memperolehi keputusan yang cemerlang "
Kepada semua guru _ selamat menanda jawapan

( Makluman - semua soalan adalah setara seluruh Batu Pahat )

Tuesday, May 17, 2011

Sekilas Sambutan Hari Guru SKSS 2011

 Bacaan Perutusan dari Menteri Pelajaran Malaysia ( Tn Haji Muhamad Zaki ) dan Bacaan Perutusan Pengarah Pelajaran Malaysia ( En Mohd Ghazali )
 Ucapan Wakil Pelajar ( Mohaimen dari Tahun 6 )
 Ucapan Puan Guru Besar ( Pn Patimah Binti Solong )
Bacaan Ikrar yang diketuai oleh En Harun, Nyanyian Lagu Guru Malaysia, Nyanyian Lagu Negaraku
 Bergambar Kenangan
 Permainan ( Bola Jaring )
Permainan kedua ( Boling Kelapa )
Akhir Sekali jamuan, Dimulakan dengan upacara memotong kek sumbangan Dato' Noraini Ahmad ( Ahli Parlimen Parit Sulong ) Terima kasih Dato' atas sumbangan dan ingatan Dato' kepada Guru SKSS.

Selamat Hari Guru

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Guru


Jika sebuah lukisan biasa yang dilukis oleh manusia biasa akan menjadi sebuah lukisan yang cantik dan menjadi sebutan dan keagungan, pastinya yang mendapat nama adalah pelukisnya.
Maka tidak dinafikan ukiran yang mahal turut dikaitkan dengan pengukirnya, kerana hasil ukirannya yang halus dan berseni, rasanya.

Maka dengan itu, sering jadi bualan oleh masyarakat sekolah yang terkenal dan ternama kerana menghasilkan keputusan peperiksaan yang mengkagumkan, ( 100% lulus ) ataupun bilangan pelajar yang mendapat A tinggi jumlahnya.
Agak-agak siapa yang disebut untuk menghasilkan keputusan seperti itu...?

Begitulah sebaliknya jika hasil kerja yang buruk, pasti pengukirnya, pelukisnya dan pembuatnya yang mendapat nama.
Tahniah dan semoga meneruskan perjuangan suci menghasilkan insan yang terbaik kepada semua yang bergelar GURU... biarlah yang digalas dan dipikul dan dilakukan menyakitkann ingatlah jika ia adalah sesuatu yang IKHLAS kerana ALLAH pasti ada ganjarannya.

SELAMAT HARI GURU SELAMANYA


Monday, May 2, 2011

Laporan Josas

 Upacara penyampaian hadiah, Hadiah disampaikan oleh Pn Patimah Binti Solong ( Pn Guru Besar ).
Gambar kenangan pemenang dan peserta peringkat akhir pertandingan JOSAS anjuran kelab Bahasa SK Seri Sejati 2011. Tahniah kepada semua pemenang.