Wednesday, July 27, 2011

1Murid 1 Sukan ( zon )

Penubuhan zon permainan oleh Jawatankuasa Pembangunan Sukan SK Seri Sejati telah mula dilaksanakan secara berperingkat. Untuk maklumat lanjut KLIK

Langkah pertama
Menaik taraf dan keceriaan bilik gerakan sukan ( Bilik Sukan )
 
 Sebelum
Selepas

Wednesday, July 20, 2011

Projek Keceriaan Sekolah 1

 Untuk menarik minat murid agar hadir ke sekolah,Puan Guru Besar telah mencadangkan agar keceriaan sekitar kawasan sekolah di tingkatkan lagi. Terutamanya pintu masuk ke sekolah. Untuk tujuan itu beliau telah mengambil tindakan mengecat semuala beberapa sudut di sekolah untuk menarik perhatian pelajar agar suka datang kesekolah.
 Dari saranan guru besar tersebut, semua pekerja dan staf sekolah telah mengambil tindakan saling membantu mengecat dan menceriakan lagi kawasan sekolah jika ada kelapangan. Kerja-kerja keceriaan dijalankan berperingkat. Peringkat pertama ialah menaikkan taraf papan kenyataaan di bawah kendalian En Harun.
 Peringkat kedua pula ialah menghias semula laluan ( tangga ) ke pejabat di bangunan pentadbiran. ( Dibawah seliaan Tn Haji Zaki )
 Semoga dengan tindakan ini, murid dan masyarakat sekitar sekolah akan lebih kerap datang ke sekolah dan bersama-sama menaikkan lagi pencapaian sekolah samada dari segi akademik mahupun sahsiah.

Sunday, July 3, 2011

Program Gotong Royong Bersama PIBG

 Sempena program Larian 1murid 1sukan 1 Malaysia, pihak sekolah telah mengadakan program gotong royong untuk kecerian sekolah bersama ibu bapa yang turut serta dalam acara larian 1urid 1sukan 1 Malaysia.
 Alhamdulillah program ini mendapat sambutan yang menggalakkan.. terutama para ibu-ibu yang jumlah kehadirannya amat ramai.
 Tuan Haji Zaki yang yang mengetuai aktiviti baik pulih batas bunga hiasan...

 Tuan Haji Sarkawi dan ustaz Raup yang mengetuai kerja memasang perangkap kelawar di bilik komputer
 En Sapian yang mengetuai kerja mengecat da menghias pintu masuk sekolah.

 Tabik pada abang ni walaupun panas masih mampu bertahan mengecat... tahniah dan terima kasih

Kepada semua penjaga dan ibu bapa dan yang bersama hadir dalam aktiviti ini pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran dan sumbangan tuan puan. Kepada penyumbang makanan, peralatan dan kewangan dalam program ini pihak sekolah mengucapkan terima kasih sekali lagi. semoga aktiviti ini mampu mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang sedia ada. Pihak sekolah memohon maaf jika ada sebarang kekurangan dan kesilapan disepanjang aktiviti ini.

Program Larian 1 Murid1Sukan1Malaysia

 Tarikh : 02 Julai 2011

 Bacaan perutusan dan taklimat
 Pemanasan badan sebelum larian
 Acara larian dilepaskan oleh Puan Guru Besar epat jam 07.45 pagi