Wednesday, March 30, 2011

Saturday, March 26, 2011

PIBG 2011

 Mesyuarat diadakan pada 27 Mac 2011, Hari Ahad di Dewan SK Seri Sejati.
 Ucapan aluan oleh Puan Guru Besar SK Seri Sejati ( Puan Patimah Bt Solong ). Beliau yang baru bertugas di SK Seri Sejati mulai 1 Mac 2011 berharap dapat kerjasama dari semua pihak ( ibu bapa dan guru ) untuk sama-sama meningkatkan lagi prestasi sekolah. Ucapan Tahniah dari beliau di atas pencapaian UPSR 2010 iaitu 4 orang mendapat 5A dan 3 orang 4A. Tahniah juga kepada guru kerana memperolehi keputusan 100% dalam mata pelajaran BM penulisan dan Sains.
 Ucapan YDP PIBG En Misni Bin Asran. Beliau mengucapkan terima kasih diatas kehadiran Datuk Haji Ahmad Zahri Bin Jamil ( ADUN Seri Medan )  untuk merasmikan Mesyuarat PIBG kali ini. Ucapan tahniah juga kepada guru dan pentadbiran sekolah kerana pencapaian UPSR 2010. Beliau memohon agar Sekolah dapat diberi bantuan dari segi keperluan bangunan seperti baik pulih Surau sekolah dan gelanggang serbaguna ( futsal ) untuk kegunaan sekolah dan penduduk kampung serta Tandas tambahan untuk kegunaan pelajar dan guru.
 Antara tetamu yang hadir.
 Ibu bapa dan barisan guru serta tetamu
 Jawatankuasa penyambut tetamu dan pendaftaran. Kesimpulannya lebih ramai ibu dari bapa yang hadir dalam mesyuarat kali ini. Kehadiran ibu bapa juga turut disentuh oleh perasmi ( Datuk ) di mana kehadiran ibu bapa dalam program sekolah amatlah di alu-alukan demi melahirkan generasi yang perihatin dan mengamalkan kerjasama dalam masyarakat. Menurut beliau kerjasama amatlah penting untuk mencapai sesuatu tujuan yang lebih baik dan cemerlang. Kerjasama juga akan menjamin kemakmuran dan kesejahteraan anak-anak pada masa akan datang dimana ibu bapa menjadi model ikutan anak-anaknya.
Disamping itu Datuk juga mengingatkan supaya masyarakat di sini menjadi kuat dan bekerjasama untuk mengelakkan kemasukan anasir jahat dan keburukan kepada negara dan anak-anak. Ilmu amat penting kepada anak-anak untuk mengelakkan mereka dari terpesong dari akidah dan norma keislaman. Untuk itu ibu bapa hendaklah bekerjasama dengan pihak sekolah dalam membina generasi yang baik dan kuat di masa akan datang

Tuesday, March 22, 2011

Mesyuarat Agung PIBG 2011

Semua Ibu Bapa dan Penjaga dijemput hadir ke mesyuarat berkenaan. Kepada bekas pelajar dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis berkenaan.

Monday, March 21, 2011

Semangat Gotong Royong

 Beginilah keadaannya jika masih mengamalkan adat Melayu. Benda yang berat dan sukar jadi senang jika ada kerjasama.
 Alhamdulillah dan tahniah kepada pekerja dan guru-guru serta penduduk kampung SK Seri Sejati kerana kejayaan anda menunjukkan kerjasama yang baik. Terharu saya kerana masih ada semangat ini. Teruskan...
Begitulah keadaannya semasa persediaan untuk menganjurkan ( tuan rumah ) pertandingan bola baling zon Parit Sulong.

Bola Baling MSSM-C Pt Sulong 2011

Monday, March 14, 2011

Kelas Tambahan

kurikulumserisejati.blogspot.com
Antara Pelajar Yang hadir

HEM Terima Menantu

Pintu Gerbang menuju majlis perkahwinan anak HEM ( Tuan Haji Zaki ) pada 12 Mac 2011 di Yong Peng. Tema warna majlis tuan rumah adalah Merah Putih.... sungguh menarik dan meriah dengan kehadiran Dee Jay yang dijemput khas oleh tuan rumah.
Tuan Rumah ( Tuan Haji Zaki ) yang tersenyum lebar semasa menyambut tetamu. Ialah kali pertama menerima menantu...
Suasana di bawah khemah jamuan... penuh dan terlalu ramai... dengan jemputan yang datang... Makanan yang di hidangkan peh.... sedap terutama nasinya....
Tahniah kepada Tuan Haji Zaki kerana sudah menjadi bapa mertua.. tak lama lagi dapat pangkat Datuk pulak... ( datuk cucu )

Thursday, March 10, 2011

Jemputan MaulidurRasul SA Seri Sejati

Pintu Masuk Sekolah Agama Seri Sejati... 
Banner Pentas Utama. Simple tapi menarik
Cikgu Harun, Cikgu Nani & Cikgu Zaki sedang menikmati hidangan. Sedapnya nasi baryani ni... ingat cikgu zaki jangan makan banyak sangat... nanti naik darah...
Puan Guru Besar ngan anak buah... tengah criter pasal apa tu....? Apapun terima kasih kepada GB SA Seri Sejati kerana menjemput kami ... terima kasih...